SOALAN LAZIM

 1)      Dimanakah lokasi pejabat Suksis Usim?

          Terletak di Pusat Kegiatan Pelajar(PKP)

2)      Apakah syarat kelayakan untuk menyertai kor Suksis Usim?

         Bagi lelaki tinggi adalah 163 cm, dan berat badan sekurang - kurangnya 55 kg, serta

         mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81 cm dan 86 cm semasa menarik 

         nafas. Manakala bagi wanita pula tinggi adalah 157 cm dan berat badan sekurang - kurangnya

         28 kg. 

  • Hanya calon-calon yang tidak cacat anggota, pendengaran dan mata sahaja yang layak memohon. Kelonggaran diberikan kepada calon yang memakai cermin mata.

3)      Apakah  aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kor Suksis ?

         Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah kawad kaki, menembak, sukan, perkhemahan,

         berakit, expidisi dan sebagainya.    

4)      Bagaimana untuk saya menghubungi pihak kor Suksis Usim?

           Anda bolehlah menghubungi pejabat kor Suksis di talian 06-798 8551 atau faks 06-798 8663

         atau email  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .     

5)      Saya tidak dapat hadir ke latihan kor Suksis. Apakah yang perlu saya lakukan?

          Mengemukakan surat permohonan perlepasan kepada pihak pejabat Kor Suksis.

6)      Berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk saya ditauliahkan menjadi ahli Kor

           Suksis yang tetap? 

           Selama 6 semester yang memakan masa selama 3 tahun pengajian.

7)      Berapakah elaun yang diberikan kepada anggota kor Suksis Usim dan bagaimana elaun  

           itu diberikan?

         RM 6/jam tertakluk kepada minimum 24 jam dan maksimum 48 jam melalui kaedah pembayaran

         teruske dalam akaun pelajar.                    

8)      Berdasarkan pengalaman saya ketika berada di sekolah menengah,kami di minta untuk    

           membeli pakaian seragam unit beruniform sendiri.  Adakah situasi ini sama apabila 

           kami menyertai kor Suksis ?

         Baju seragam disediakan (Percuma)

9)      Apakah latihan atau ujian yang dilakukan menganggu masa belajar saya?

         Segala aktiviti dijalankan pada waktu kokorikulum yang telah ditetapkan pihak universiti iaitu

         pada hari rabu dan hari sabtu. 

10)   Saya berminat untuk menyertai anggota kor Suksis Usim. Dimanakah saya perlu 

          mendapatkan borang penyertaan dan apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

        Pihak Kor Suksis Usim akan menjalankan temuduga pengambilan pada pelajar-pelajar kemasukkan   

        tahun pertama dalam tempoh 2 minggu selpas mendaftar.

 

    

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel:  +606-798 8551  Fax:  +606-798 8663
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.