Aluan Komandan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

اهلا وسهلا ومرحبا بكم

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Ssuksis) USIM (http://suksis.usim.edu.my).

Sejak penubuhannya pada tahun 2006, Kor Suksis USIM bertekad bukan sahaja untuk terbilang dalam usaha menjana dan melahirkan anggota-anggota yang berdisiplin tinggi dan berkaliber, tetapi juga untuk menerapkan kemahiran insaniah (soft skills) di dalam diri anggotanya. Dengan tekad ini, Kor Suksis USIM terus gigih berusaha menyubur dan membentuk peribadi sejati yang utuh dengan nilai-nilai murni yang luhur kepada semua anggotanya yang menggalas harapan keluarga, masyarakat dan negara. Kami percaya tekad dan usaha serta iringan doa ikhlas adalah ramuan sejati yang mendorong anggota-anggotanya mendokong Visi, Misi dan Matlamat (VMM) Kor Suksis USIM bagi membantu memartabatkan institusi kepolisan di negara ini, serta menjadi sebuah institusi  yang terkehadapan berteraskan Islam.

Melalui laman web ini, pengunjung semua dapat mengenali dengan lebih dekat sebuah badan beruniform yang dikagumi di USIM yang mendapat sokongan padu daripada USIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Kewujudan Laman Web Suksis USIM ini boleh menjadi sumber rujukan kepada semua pihak yang ingin mengenali Suksis USIM serta program yang dilaksanakan.

Tegas Adil dan Berhemah

USIM Bertekad Terbilang │ Simply Inspiring

Salam hormat,

 

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMED ASIN  DOLLAH

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Merangkap Komandan Kor SUKSIS
Universiti Sains Islam Malaysia

 

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel:  +606-798 8551  Fax:  +606-798 8663
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.