Pengenalan

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) telah ditubuhkan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 2006. Jumlah terkini keanggotaan Suksis adalah seramai 169 orang  yang terdiri daripada 70 siswa dan 99 siswi. Sepanjang penubuhan Kor Suksis ini, para pelatih telah didedahkan dengan latihan kawat, jasmani, undang-undang dan latihan luar. Oleh itu MODUL program-program latihan telah pun dijadualkan kepada anggota Kor Suksis Universiti Sains Islam Malaysia, dimana ianya merupakan pelajaran asas bagi pegawai / anggota yang sedang menjalani Latihan Asas Kor Suksis di semua IPTA di Malaysia. Diharap semua pelatih, Kor Sukarelawan Polis Siswa / Siswi (Suksis) yang menyertai latihan ini dapat memperolehi kemahiran insaniah dan dan mempraktikkan ilmu yang di pelajari dengan baik sejajar dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Kor Suksis juga mendokong misi untuk membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalak ke arah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi, serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

Sebagai IPTA yang pertama dipilih menubuhkan Kor Suksis di Negeri Sembilan, penerapan nilai kepolisan di kalangan peserta terpilih telah diberikan keutamaan supaya setiap peserta dapat memberikan keterampilan dan ketahanan mental serta displin yang tinggi dan dijadikan contoh kepada pelajar lain serta dapat menarik minat pelajar yang baru untuk menceburi bidang ini.

galeri

Aktiviti Terkini

video pentauliahan

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel:  +606-798 8551  Fax:  +606-798 8663
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.